JENIS MASALAH PENDENGARAN
Secara amnya terdapat tiga jenis
masalah pendengaran. Yang pertama ialah masalah pendengaran jenis
sensorineural. Masalah ini berlaku apabila terdapat ketidaknormalan pada organ
pendengaran iaitu koklear dan saraf pendengaran. Masalah pendengaran
sensorineural tidak dapat disembuhkan. Namun begitu, kanak-kanak bermasalah
pendengaran jenis ini boleh dibantu dengan alat bantu pendengaran atau implan
koklea, beserta program rehabilitasi pendengaran dan terapi pertuturan untuk
memperolehi kemahiran pertuturan-bahasa dan komunikasi.
Masalah pendengaran jenis
konduktif menunjukkan masalah pada mekanisma yang menerima bunyi dari
persekitaran ke dalam telinga. Jangkitan telinga atau otitis media dan kehadiran serumen yang terlalu banyak merupakan
antara dua faktor penyebab masalah jenis konduktif berlaku di kalangan
kanak-kanak. Masalh jenis konduktif selalunya tidak kekal. Setelah otitis media
dirawat atau serumen dibersihkan, tahap pendengaran akan jadi lebih baik.
Jenis masalah pendengaran yang
ketiga ialah masalah pendengaran jenis bercampur. Ini merupakan kombinasi
masalah pendengaran sensorineural dan konduktif. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah jenis ini akan mendapat manfaat dengan penggunaan alat bantu
pendengaran.
ANAK SAYA BERMASALAH PENDENGARAN,
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKARANG?
Langkah pertama yang dilakukan
oleh Audiologis selepas diagnosis masalah pendengaran ialah kaunseling alat
bantu pendengaran kepada ibu bapa. Pemakaian alat bantu pendengaran seberapa
segera yang mungkin merupakan satu langkah penting bagi memastikan kanak-kanak
mendapat stimulasi bunyi daripada persekitarannya.
Pemilihan jenis alat bantu
pendengaran bergantung kepada tahap pendengaran dan keperluan kanak-kanak
tersebut. Ibu bapa tidak perlu runsing kerana Audiologis akan berbincang dengan
ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat alat bantu pendengaran yang
terbaik dan paling sesuai untuk tahap pendengarannya.
PERLUKAH KANAK-KANAK MENGGUNAKAN ALAT BANTU PENDENGARAN?
Seperti yang diterangkan, alat
bantu pendengaran sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak bermasalah
pendengaran mendengar stimulasi-stimulasi bunyi untuk proses perkembangan
pertuturan-bahasa dan kemahiran berkomunikasinya. Untuk belajar bercakap,
kanak-kanak perlu mendengar. Alat bantu pendengaran yang dicadangkan kepada
kanak-kanak bergantung pada tahap dan jenis masalah pendengaran yang
dialaminya. Masalah pendengaran yang sangat teruk memerlukan alat bantu
pendengaran yang berkuasa tinggi, manakala masalah pendengaran yang lebih
ringan tidak memerlukan penggunaan alat bantu pendengaran yang terlalu tinggi
kuasanya.
DI MANA IBU BAPA BOLEH MENDAPATKAN
UJIAN LANJUT?
Hubungi InnoHear di www.innohear.com atau di Hotline InnoHear
+6017 638 7247 untuk sebarang pertanyaan.
#innohear #sedardengar
#hearinginchildren #premiumhearingaidsmadeaffordable

No comments:
Post a Comment