Thursday, 2 April 2020

Pengesanan Awal Masalah Pendengaran




Pendengaran merupakan salah satu deria yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Ramai yang tidak sedar, sebenarnya organ pendengaran telah terbentuk seawal lima bulan kehamilan. Pada masa ini, bayi dalam kandungan sudah boleh mendengar dan memahami bunyi, terutamanya bunyi degup jantung, dan suara ibunya.

Memandangkan organ pendengaran sudah berfungsi di dalam kandungan, organ ini juga boleh terganggu perkembangannya sekiranya ibu dan bayi menghadapi sebarang komplikasi atau penyakit semasa fasa kehamilan.

Ujian saringan pendengaran bayi baru lahir amat penting untuk pengesanan awal masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran kongenital (sejak lahir) hanya dapat dikesan melalui ujian saringan pendengaran. Hasil daripada pengesanan awal masalah pendengaran, bayi yang mempunyai masalah pendengaran akan mendapat intervensi awal yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Bayi ini akan dipakaikan dengan alat bantu pendengaran seawal umur tiga bulan. Bergantung kepada keterukan masalah pendengaran, bayi ini mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menggunakan implan koklea.

Intervensi awal sangat penting untuk habilitasi pendengaran. Bayi-bayi yang telah dipakaikan alat bantu pendengaran perlu menghadiri sesi terapi pertuturan untuk ‘diajar’ mendengar dan bertutur.

Ramai ibu bapa yang mempunyai tanggapan salah, contohnya apabila telah dipakaikan dengan alat bantu pendengaran, anak mereka akan terus boleh bertutur. Sebenarnya pertuturan seorang kanak-kanak adalah melalui ransangan bunyi-bunyi sebutan semasa proses komunikasi dengannya. Inilah sebabnya anak-anak yang bermasalah pendengaran perlu dikesan seawal mungkin. Dengan pemakaian alat bantu pendengaran (atau implan koklea) yang sesuai, serta latihan terapi pertuturan yang konsisten, perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak ini dapat berkembang sama seperti kanak-kanak sebaya lain yang mempunyai pendengaran normal. Ini seterusnya membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini dapat diserapkan ke sistem pembelajaran arus perdana.

Oleh yang demikian, ibubapa dinasihatkan untuk melakukan ujian saringan pendengaran bayi sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.



Hotline InnoHear: +6017 638 7247



#innohear #sedardengar #newbornhearingscreening #hearinginchildren #premiumhearingaidsmadeaffordable

CHECK YOUR HEARING

  Wanting to do hearing test, and trying to choose the best hearing aids for you or your loved ones? Why not call InnoHear hearing care cent...