Monday, 4 May 2020

HIDUP DENGAN TINITUS



Tinitus adalah bunyi berdesing dalam telinga yang hadir tanpa ransangan bunyi luar. Bunyi desingan atau dengungan dalam telinga ini boleh berlaku di dalam telinga secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus ini bukanlah satu penyakit tapi ia merupakan salah satu simptom dari pelbagai penyakit dan ia boleh terjadi pada mana-mana bahagian sistem pendengaran.

Tinitus sememangnya sangat menjengkelkan untuk sesetengah individu. Ada yang begitu terganggu dengan bunyi tersebut sehingga boleh menyebabkan fokus dan tidur mereka terganggu. Simptom ini sukar untuk hilang serta-merta, namun ada beberapa tips ataupun langkah mudah yang boleh dicuba untuk mengawal tinnitus.

→ Cuba elakkan kerisauan dan tekanan yang melampau kerana ia salah satu faktor yang menyebabkan tinitus menjadi semakin kuat.
→ Sentiasa dapatkan rehat yang cukup dan elakkan keletihan.
→ Elakkan minum kopi, alkohol ataupun merokok. Ketiga-tiga ini merupakan jenis bahan peransang yang boleh mengstimulasi sistem badan secara berlebihan, menyebabkan bunyi tinitus menjadi semakin kuat. Rokok juga boleh menganggu perjalanan darah kepada sel saraf yang sensitif kepada pendengaran.

→ Tinitus mungkin akan lebih jelas kedengaran dan menjadi gangguan semasa hendak tidur malam ataupun bila keadaan senyap. Mainkan bunyi atau lagu-lagu yang menenangkan di radio anda, pada tahap intensiti yang perlahan. Ini membantu mengalih perhatian daripada terlalu fokus terhadap bunyi berdesing di dalam telinga. Untuk yang beragama Islam, adalah sangat digalakkan untuk mainkan zikir-zikir penenang hati dan ayat Quran.
→ Elakkan makan makanan yang masin kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya boleh menyebabkan tinitus semakin teruk.
→ Elakkan berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kerosakan pendengaran seperti berada di tempat yang terlalu bising tanpa memakai apa-apa alat perlindungan telinga. Penurunan tahap pendengaran boleh menyebabkan simptom tinitus menjadi semakin kuat dan teruk. Gunakan alat perlindungan telinga seperti ‘earplugs’ untuk melindungi telinga ada di tempat yang bising.

→ Sesetengah orang dapat mengatasi masalah tinitus dengan memakai alat bantu pendengaran kerana ia dapat menguatkan bunyi pertuturan dan persekitaran , serta menyebabkan bunyi dalam telinga kurang disedari oleh pemakai. ‘Tinnitus masker’ juga dapat digunakan untuk mengelakkan tumpuan terhadap tinitus.
→ Terapi laser lembut juga boleh dibuat dengan cahaya laser dipancarkan ke dalam telinga bagi menggalakkan aliran darah dalam telinga dan mengaktifkan sel-sel di dalam telinga.




Hotline InnoHear: +6017 638 7247

#innohear #sedardengar #tinitus

No comments:

Post a Comment

CHECK YOUR HEARING

  Wanting to do hearing test, and trying to choose the best hearing aids for you or your loved ones? Why not call InnoHear hearing care cent...