Tahukah anda, tinitus atau bunyi berdesing di dalam telinga kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Malah ada juga yang mengatakan simptom ini suatu penyakit yang berbahaya. Jadi, jom kita ketahui apakah mitos dan fakta mengenai tinitus ini.
FAKTA 1Jika ada bunyi berdesing / berdengung itu tanda
tinitus. Tinitus terjadi kerana ada masalah atau penyakit lain di bahagian
tertentu seperti telinga, otak dan juga salur darah.
MITOS 1
Bunyi berdesing di dalam telinga menandakan ada
orang yang mengatakan tentang keburukan kita.
FAKTA 2
Tinitus bukanlah penyakit mental. Ketika
seseorang mengalami tinitus, ia memang akan mendengar suara dari dalam telinga
atau otaknya yang tidak boleh didengari oleh orang lain (tinitus subjektif)
sehingga penderita tinitus kerap dianggap sedang berhalusinasi.
MITOS 2
Mendengar suara dari dalam dalam telinga
menandakan seseorang tidak waras.
FAKTA 3
Menghadiri satu konsert saja tidak akan membuat seseorang
mengalami tinitus, kecuali jika melakukannya berulang-ulang dan dilakukan dalam
waktu berdekatan. Lagipun, mendengar muzik dengan kuat bukan satu-satunya hal yang dapat menyebabkan
telinga berdesing. Telinga berdesing
boleh terjadi disebabkankan faktor lain.
MITOS 3
Datang ke konsert menjadi penyebab telinga akan
berdesing.
FAKTA 4
Ubat untuk masalah telinga berdesing
bergantung pada penyebab terjadinya masalah tersebut. Misalnya, jika tinitus
disebabkan tahi telinga yang banyak, maka doktor akan membuang tahi telinga,
dan masalah ini selesai. Jika telinga berdesing disebabkan oleh jangkitan dalam
telinga, doktor akan memberi ubat titis telinga untuk mengatasi gatal, dan
antibiotik untuk meredakan radang telinga. Seseorang juga mungkin harus
menjalani rawatan selanjutnya jika tumor yang menjadi penyebab tinitus.
MITOS 4
Tidak ada ubat untuk merawati telinga berdesing.
1
Hotline InnoHear: +6017 638 7247
#innohear #sedardengar #tinnitus #premiumhearingaidsmadeaffordable
