Pendengaran merupakan salah satu deria
yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Ramai yang tidak sedar,
sebenarnya organ pendengaran telah terbentuk seawal lima bulan kehamilan. Pada
masa ini, bayi dalam kandungan sudah boleh mendengar dan memahami bunyi, terutamanya
bunyi degup jantung, dan suara ibunya.
Memandangkan organ pendengaran sudah
berfungsi di dalam kandungan, organ ini juga boleh terganggu perkembangannya
sekiranya ibu dan bayi menghadapi sebarang komplikasi atau penyakit semasa fasa
kehamilan.
Ujian saringan pendengaran bayi baru lahir
amat penting untuk pengesanan awal masalah pendengaran. Ini kerana masalah
pendengaran kongenital (sejak lahir) hanya dapat dikesan melalui ujian saringan
pendengaran. Hasil daripada pengesanan awal masalah pendengaran, bayi yang
mempunyai masalah pendengaran akan mendapat intervensi awal yang sesuai dengan
masalah yang dihadapi. Bayi ini akan dipakaikan dengan alat bantu pendengaran seawal
umur tiga bulan. Bergantung kepada keterukan masalah pendengaran, bayi ini
mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menggunakan implan koklea.
Intervensi awal sangat penting untuk habilitasi
pendengaran. Bayi-bayi yang telah dipakaikan alat bantu pendengaran perlu
menghadiri sesi terapi pertuturan untuk ‘diajar’ mendengar dan bertutur.
Ramai ibu bapa yang mempunyai tanggapan
salah, contohnya apabila telah dipakaikan dengan alat bantu pendengaran, anak
mereka akan terus boleh bertutur. Sebenarnya pertuturan seorang kanak-kanak
adalah melalui ransangan bunyi-bunyi sebutan semasa proses komunikasi dengannya.
Inilah sebabnya anak-anak yang bermasalah pendengaran perlu dikesan seawal
mungkin. Dengan pemakaian alat bantu pendengaran (atau implan koklea) yang sesuai,
serta latihan terapi pertuturan yang konsisten, perkembangan bahasa dan
komunikasi kanak-kanak ini dapat berkembang sama seperti kanak-kanak sebaya
lain yang mempunyai pendengaran normal. Ini seterusnya membolehkan kanak-kanak
bermasalah pendengaran ini dapat diserapkan ke sistem pembelajaran arus perdana.
Oleh yang demikian, ibubapa dinasihatkan
untuk melakukan ujian saringan pendengaran bayi sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.
Hotline InnoHear: +6017 638 7247
#innohear #sedardengar #newbornhearingscreening #hearinginchildren #premiumhearingaidsmadeaffordable
Hotline InnoHear: +6017 638 7247
#innohear #sedardengar #newbornhearingscreening #hearinginchildren #premiumhearingaidsmadeaffordable

No comments:
Post a Comment