Wednesday, 3 June 2020

APA YANG IBU BAPA PERLU TAHU TENTANG MASALAH PENDENGARAN - II



JENIS MASALAH PENDENGARAN

Secara amnya terdapat tiga jenis masalah pendengaran. Yang pertama ialah masalah pendengaran jenis sensorineural. Masalah ini berlaku apabila terdapat ketidaknormalan pada organ pendengaran iaitu koklear dan saraf pendengaran. Masalah pendengaran sensorineural tidak dapat disembuhkan. Namun begitu, kanak-kanak bermasalah pendengaran jenis ini boleh dibantu dengan alat bantu pendengaran atau implan koklea, beserta program rehabilitasi pendengaran dan terapi pertuturan untuk memperolehi kemahiran pertuturan-bahasa dan komunikasi.

Masalah pendengaran jenis konduktif menunjukkan masalah pada mekanisma yang menerima bunyi dari persekitaran ke dalam telinga. Jangkitan telinga atau otitis media dan kehadiran serumen yang terlalu banyak merupakan antara dua faktor penyebab masalah jenis konduktif berlaku di kalangan kanak-kanak. Masalh jenis konduktif selalunya tidak kekal. Setelah otitis media dirawat atau serumen dibersihkan, tahap pendengaran akan jadi lebih baik.  

Jenis masalah pendengaran yang ketiga ialah masalah pendengaran jenis bercampur. Ini merupakan kombinasi masalah pendengaran sensorineural dan konduktif. Kanak-kanak yang mempunyai masalah jenis ini akan mendapat manfaat dengan penggunaan alat bantu pendengaran.

 

ANAK SAYA BERMASALAH PENDENGARAN, APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKARANG?

Langkah pertama yang dilakukan oleh Audiologis selepas diagnosis masalah pendengaran ialah kaunseling alat bantu pendengaran kepada ibu bapa. Pemakaian alat bantu pendengaran seberapa segera yang mungkin merupakan satu langkah penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat stimulasi bunyi daripada persekitarannya.

Pemilihan jenis alat bantu pendengaran bergantung kepada tahap pendengaran dan keperluan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa tidak perlu runsing kerana Audiologis akan berbincang dengan ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat alat bantu pendengaran yang terbaik dan paling sesuai untuk tahap pendengarannya.

PERLUKAH KANAK-KANAK MENGGUNAKAN ALAT BANTU PENDENGARAN?



Seperti yang diterangkan, alat bantu pendengaran sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar stimulasi-stimulasi bunyi untuk proses perkembangan pertuturan-bahasa dan kemahiran berkomunikasinya. Untuk belajar bercakap, kanak-kanak perlu mendengar. Alat bantu pendengaran yang dicadangkan kepada kanak-kanak bergantung pada tahap dan jenis masalah pendengaran yang dialaminya. Masalah pendengaran yang sangat teruk memerlukan alat bantu pendengaran yang berkuasa tinggi, manakala masalah pendengaran yang lebih ringan tidak memerlukan penggunaan alat bantu pendengaran yang terlalu tinggi kuasanya.

 

DI MANA IBU BAPA BOLEH MENDAPATKAN UJIAN LANJUT?

Hubungi InnoHear di www.innohear.com atau di Hotline InnoHear +6017 638 7247 untuk sebarang pertanyaan.

 

 

 

#innohear #sedardengar #hearinginchildren #premiumhearingaidsmadeaffordable


No comments:

Post a Comment

CHECK YOUR HEARING

  Wanting to do hearing test, and trying to choose the best hearing aids for you or your loved ones? Why not call InnoHear hearing care cent...