Pendengaran merupakan
salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan
bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan
untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir
mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009
World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada
1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak
lahir).
Berdasarkan statistik di
atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat
kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru
lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan
masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi
pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk
integrasi kanak-kanak bermasalah pendengaran tersebut ke dalam masyakarat, dan
sistem persekolahan.
Bagaimana ujian
saringan pendengaran ini dijalankan kepada bayi?
Pada peringkat pertama,
ujian pancaran otoakustik (OAE) akan dilakukan pada kedua-dua belah telinga. Rangsangan
bunyi ‘klik’ yang lembut akan disalurkan ke telinga bayi melalui prob telinga.
Tindak balas daripada koklea terhadap bunyi klik ini akan direkod oleh alat
secara automatik. Bayi yang gagal ujian saringan pendengaran OAE pada peringkat
pertama akan diberikan temujanji untuk ujian Automated Auditory Brainstem
Response (AABR) sebelum bayi berumur dua bulan.
Ujian ini mudah dilakukan
kepada bayi sekitar umur 1 bulan ke 2 bulan kerana pada waktu ini kebanyakan
bayi menghabiskan masa untuk tidur. Hal ini kerana ujian ini sangat dipengaruhi
oleh bunyi bising dan pergerakan bayi. Bunyi bising contohnya tangisan bayi
boleh menghalang kebolehpercayaan keputusan ujian ini.
Di InnoHear Center kami
menyediakan ujian saringan pendengaran bayi ini pada harga yang sangat berpatutan. Ujian ini juga
tidak sakit dan hanya memakan masa beberapa minit sahaja.
Hotline InnoHear: +6017
638 7247.
#innohear #sedardengar #newbornhearingscreening
#premiumhearingaidsmadeaffordable



No comments:
Post a Comment