Friday, 3 July 2020

TIPS UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT BANTU PENDENGARAN BAGI KANAK-KANAK



Masalah pendengaran boleh berlaku pada semua peringkat umur, termasuklah bayi dan kanak-kanak. Antara pengurusan bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran adalah dengan menggunakan alat bantu pendengaran (ABP) untuk mendengar bunyi pertuturan dan sekitaran dengan lebih jelas. Namun, pemakaian ABP pada anak kecil boleh menjadi rumit dan sukar apabila mereka tidak dapat menerima ‘objek baru’ yang diletakkan di telinga mereka. Jadi, ibu bapa perlu menjadi lebih proaktif serta mencari cara yang terbaik untuk mengatasai masalah ini. Jika anak anda sering menolak pemakaian ABP, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dicuba. 

 

Mulakan dengan memakai ABP untuk beberapa peringkat masa

Sesetengah kanak-kanak mungkin sukar untuk menerima benda asing dan merasa tidak selesa untuk memakai ABP dalam tempoh yang lama. Oleh itu, berikan masa kepada anak anda untuk menerima serta merasai perbezaannya apabila menggunakan ABP. Pada peringkat permulaan, pemakaian ABP boleh dibuat dalam masa yang singkat seperti 20 minit dan ulanginya pada setiap jam. Kemudian, anda boleh tambahkan masa 30 minit, 45 minit sehingga anak anda boleh memakai ABP pada setiap masa.

 

Libatkan anak-anak dalam pemakaian dan penjagaan ABP

Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak mengenai kepentingan pemakaian ABP dan mengajar anak anda cara untuk memakai ABP dengan betul. Ibu bapa juga digalakkan untuk melatih anak-anak untuk melaporkan sekiranya terdapat apa-apa kerosakan atau kelainan pada ABP. Anda juga boleh beri peluang kepada anak anda untuk mendekorasi ABP tersebut seperti meletakkan pelekat kegemaran anak anda. Dengan penglibatan ini, kanak-kanak juga akan merasa lebih bersemangat dan keperluan untuk mereka menjaga ABP dengan lebih baik.

 

Berikan ganjaran dan pujian apabila anak anda memakai ABP

Kanak-kanak amat sukakan ganjaran dan mudah untuk mengikuti arahan sekiranya ibu bapa pandai mengawal sikap anak-anak. Ganjaran boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti makanan, mainan, aktiviti kesukaan anak-anak dan sebagainya. Cubalah juga untuk sentiasa memberikan galakkan dan pujian kepada anak anda apabila mereka memakai ABP.

 

Memakai ABP sebelum melakukan aktiviti kegemaran

Jadikan kebiasaan bagi anak-anak untuk memakai dahulu ABP apabila mereka ingin melakukan aktiviti yang mereka sukai. Ibu bapa perlulah sentiasa mengikuti jadual ini dan perlu menjadi tegas sekiranya anak anda tidak mahu memakai ABP, aktiviti tersebut bolehlah ditangguhkan sehingga anak anda mahu memakai ABP.

Terdapat banyak lagi kaedah lain yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak dapat memakai ABP dengan baik. Anda boleh menjadi kreatif dan lakukan yang terbaik untuk memaksimakan pemakaian ABP demi kepentingan pendengaran anak anda.

 

#innohear #sedardengar #premiumhearingaidsmadeaffordable


InnoHear Hotline: +6017 638 7247



RUJUKAN:

1.      http://www.myhealth.gov.my/tips-penjagaan-alat-bantu-pendengaran-si-kecil/