Thursday, 28 May 2020

TINITUS (TELINGA BERDESING) - FAKTA DAN MITOS


Tahukah anda, tinitus atau bunyi berdesing di dalam telinga kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Malah ada juga yang mengatakan simptom ini suatu penyakit yang berbahaya. Jadi, jom kita ketahui apakah mitos dan fakta mengenai tinitus ini.

FAKTA 1
Jika ada bunyi berdesing / berdengung itu tanda tinitus. Tinitus terjadi kerana ada masalah atau penyakit lain di bahagian tertentu seperti telinga, otak dan juga salur darah.            
MITOS 1 
Bunyi berdesing di dalam telinga menandakan ada orang yang mengatakan tentang keburukan kita.


FAKTA 2
Tinitus bukanlah penyakit mental. Ketika seseorang mengalami tinitus, ia memang akan mendengar suara dari dalam telinga atau otaknya yang tidak boleh didengari oleh orang lain (tinitus subjektif) sehingga penderita tinitus kerap dianggap sedang berhalusinasi.
MITOS 2
Mendengar suara dari dalam dalam telinga menandakan seseorang tidak waras.


FAKTA 3
Menghadiri satu konsert saja tidak akan membuat seseorang mengalami tinitus, kecuali jika melakukannya berulang-ulang dan dilakukan dalam waktu berdekatan. Lagipun, mendengar muzik dengan kuat bukan satu-satunya hal yang dapat menyebabkan telinga berdesing.  Telinga berdesing boleh terjadi disebabkankan faktor lain.
MITOS 3
Datang ke konsert menjadi penyebab telinga akan berdesing.


FAKTA 4
Ubat untuk masalah telinga berdesing bergantung pada penyebab terjadinya masalah tersebut. Misalnya, jika tinitus disebabkan tahi telinga yang banyak, maka doktor akan membuang tahi telinga, dan masalah ini selesai. Jika telinga berdesing disebabkan oleh jangkitan dalam telinga, doktor akan memberi ubat titis telinga untuk mengatasi gatal, dan antibiotik untuk meredakan radang telinga. Seseorang juga mungkin harus menjalani rawatan selanjutnya jika tumor yang menjadi penyebab tinitus.               
MITOS 4           
Tidak ada ubat untuk merawati telinga berdesing.                                                    

1   

         Hotline InnoHear: +6017 638 7247



#innohear #sedardengar #tinnitus #premiumhearingaidsmadeaffordable