Tinitus adalah bunyi
berdesing dalam telinga yang hadir tanpa ransangan bunyi luar. Bunyi desingan
atau dengungan dalam telinga ini boleh berlaku di dalam telinga secara
berterusan atau berselang-seli. Tinitus ini bukanlah satu penyakit tapi ia
merupakan salah satu simptom dari pelbagai penyakit dan ia boleh terjadi pada
mana-mana bahagian sistem pendengaran.
Tinitus sememangnya
sangat menjengkelkan untuk sesetengah individu. Ada yang begitu terganggu
dengan bunyi tersebut sehingga boleh menyebabkan fokus dan tidur mereka
terganggu. Simptom ini sukar untuk hilang serta-merta, namun ada beberapa tips
ataupun langkah mudah yang boleh dicuba untuk mengawal tinnitus.
→ Cuba elakkan kerisauan dan tekanan yang melampau
kerana ia salah satu faktor yang menyebabkan tinitus menjadi semakin kuat.
→ Sentiasa dapatkan rehat yang cukup dan elakkan
keletihan.
→ Elakkan minum kopi, alkohol ataupun merokok.
Ketiga-tiga ini merupakan jenis bahan peransang yang boleh mengstimulasi sistem
badan secara berlebihan, menyebabkan bunyi tinitus menjadi semakin kuat. Rokok
juga boleh menganggu perjalanan darah kepada sel saraf yang sensitif kepada
pendengaran.
→ Tinitus mungkin akan lebih jelas kedengaran dan menjadi
gangguan semasa hendak tidur malam ataupun bila keadaan senyap. Mainkan bunyi atau
lagu-lagu yang menenangkan di radio anda, pada tahap intensiti yang perlahan.
Ini membantu mengalih perhatian daripada terlalu fokus terhadap bunyi berdesing
di dalam telinga. Untuk yang beragama Islam, adalah sangat digalakkan untuk
mainkan zikir-zikir penenang hati dan ayat Quran.
→ Elakkan makan makanan yang masin kerana ia boleh
meningkatkan tekanan darah dan seterusnya boleh menyebabkan tinitus semakin
teruk.
→ Elakkan berada dalam situasi yang boleh
menyebabkan kerosakan pendengaran seperti berada di tempat yang terlalu bising
tanpa memakai apa-apa alat perlindungan telinga. Penurunan tahap pendengaran
boleh menyebabkan simptom tinitus menjadi semakin kuat dan teruk. Gunakan alat
perlindungan telinga seperti ‘earplugs’ untuk melindungi telinga ada di tempat
yang bising.
→ Sesetengah orang dapat mengatasi masalah tinitus
dengan memakai alat bantu pendengaran kerana ia dapat menguatkan bunyi pertuturan
dan persekitaran , serta menyebabkan bunyi dalam telinga kurang disedari oleh
pemakai. ‘Tinnitus masker’ juga dapat digunakan untuk mengelakkan tumpuan
terhadap tinitus.
→ Terapi laser lembut juga boleh dibuat dengan
cahaya laser dipancarkan ke dalam telinga bagi menggalakkan aliran darah dalam
telinga dan mengaktifkan sel-sel di dalam telinga.
Hotline InnoHear: +6017
638 7247
#innohear
#sedardengar #tinitus



